RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tarikh                : 10 Oktober 2011 (Isnin)
Masa                   : 8.00pagi – 8.30pagi (30minit)
Tahun                 : 1A
Bilangan Murid : 12 orang
Tema                   : Pertanian
Tajuk                   : Kebun sayur nenek
Hasil Pembelajaran :
Fokus Utama            : 2.2   Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat  
                                                daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
                                    2.2.1  Membaca dan memahami perkataan yang   
                                                mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding,  
                                                digraf dan konsonan bergabung dengan  sebutan yang betul.
Fokus Sampingan   : 3.2  Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi  
                                                dengan betul dan kemas.
                                      3.2.4 Menulis perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku  
                                                kata, diftong , vokal bergading, digraf dan konsonan
                                                  bergabung dengan betul dan tulisan yang kemas.
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
1.    membaca perkataan yang mengandungi dua suku kata dengan kuat dan sebutan yang betul.
2.    mengenal dan menamakan sayur-sayuran.
3.    menulis perkataan yang mengandungi dua suku kata
     dengan betul dan tulisan yang kemas.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
1.    set induksi
2.    aktiviti     :  menyanyi – penggunaan ICT – pengukuhan
3.    penutup :  kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran
                      
Sistem Bahasa             : Kata nama am
Pengisian Kurikulum :  Ilmu : Muzik, Kemahiran Hidup,Sains
                                        Nilai : Menjaga kesihatan, kerajinan,mesra alam
                                        KBT : Verbal lingustik, Konstruktivisme
Media                            : ICT
Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid sudah diajar sayur-sayuran dan jenis sayur- sayuran.
             Penerangan Pelaksanaan P&P :
Langkah
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set induksi    (5 minit)
Minit 1 - 5
1.    Guru mempamerkan  lirik lagu “ Kebun Nenek” .
2.    Murid membaca lirik lagu tersebut.
3.    Guru menyanyikan lagu mengikut melodi lagu “ Old Mc-Donald”.
4.    Murid-murid menyanyikan lagu.
Ilmu : Muzik
Media : ICT
Langkah
(8 minit)
Minit 6 - 13
      1. Guru membimbing murid-murid  membaca petikan.
2.   Murid-murid diminta membaca petikan dengan kuat secara kumpulan dan individu.
3.  Guru membetulkan kesalahan sebutan dan intonasi murid.
4.   Guru menanyakan kepada murid berkaitan petikan yang dibaca.
Nilai : Kesihatan,    Kerajinan,Mesra alam
Ilmu : Kemahiran Hidup
Media : ICT
Langkah 2 
(5 minit)
Minit 14 - 18

1.  Guru mempamerkan gambar sayur dan meminta murid menamakan sayur tersebut.
2.  Guru dan murid bersoal jawab tentang gambar sayur yang dipamerkan.
3.    Murid diminta membaca nama sayur mengikut gambar yang ditunjukkan.
4.  Murid-murid diminta membaca nama sayur-sayuran dengan kuat secara kumpulan .
KBT : Verbal   lingustik
Ilmu : Sains
Sistem bahasa : Kata nama am
Media : ICT
Langkah 3  (3 minit)
Minit 18 - 20
1.  Murid diminta mengenal gambar sayur  berdasarkan perkataan yang  diberi.
2.  Murid diminta memilih jawapan yang betul berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
3.  Murid-murid  membaca nama sayur-sayuran.
Sistem bahasa : Kata nama am
Media : ICT
Langkah 4   (5 minit)
Minit 21 - 25
1. Guru meminta murid-murid memadankan nama  sayur dan gambarnya dengan tepat.
2. Murid-murid diminta menyebut nama-nama sayur yang telah dipadankan.

Sistem bahasa : Kata nama am
Media : ICT
   Penutup   
(5 minit)
Minit 26 - 30
         
1. Murid memadankan suku kata untuk membentuk perkataan yang betul .
2.Murid-murid diminta membaca nama sayur-sayuran dengan kuat secara kumpulan .
3.Murid membaca kata nama am yang dipadankan dan menulis ke dalam buku latihan.
KBT : Konstruktivisme
Sistem bahasa : kata nama am
Media : ICT

No comments:

Post a Comment