REFLEKSI

KEKUATAN
        Selepas tugasan makroteaching, kekuatan dan kelebihan yang dapat saya dikesan semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan ialah kelantangan dan ketegasan suara saya. Suara saya yang lantang akan memudahkan murid-murid saya mendengar dan ini akan mambantu kefahaman murid terhadap apa yang saya ajar atau sampaikan.
        Kelantangan suara juga dapat menunjukkan ketegasan semasa  saya menyampaikan pelajaran atau menanyakan soalan. Suara yang lantang dan tegas akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid-murid saya. Saya dapat menarik perhatian murid-murid saya dengan suara yang lantang. Murid-murid saya juga akan memberi perhatian dengan sepenuhnya semasa saya mengajar di depan. Murid-murid saya juga dapat mendengar isi pelajaran ataupun soalan yang saya dengan jelas dan tidak perlu bertanya kawan sebelahnya, ini akan mengelakkan murid saya bercakap dengan kawan sebelahnya dan suara saya tidak akan menjadi satu alasan yang dapat menyebabkan murid saya bercakap semasa P&P dijalankan. Murid-murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan yang lain. Saya tidak suka anak murid saya bercakap semasa saya mengajar sebab ini akan mengganggu saya dan murid yang lain.
            Sekiranya suara guru tidak lantang, murid-murid akan tidak dapat mendengar isi pelajaran dengan jelas. Ini akan menyebabkan murid-murid bosan dan  tidak memberi perhatian atau tidak berfokus isi pelajaran.
              Selain daripada kelantangan dan ketegasan suara,  kejelasan memberikan arahan juga sangat penting sebab ini akan mempengaruhi kefahaman dan maklum balas murid-murid. Kejelasan memberikan arahan juga merupakan satu kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran saya. Kejelasan penyampaian telah memainkan peranan yang sangat penting dalam kefahaman murid-murid saya. Arahan yang saya berikan jelas dan memudahkan murid saya faham, seterusnya murid dapat menjalankan tugasan dengan arahan dan panduan yang saya berikan.  

KELEMAHAN
Selepas tugasan makroteaching dijalankan, Kelemahan atau kekurangan yang dapat dikenalpasti dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan ialah ketepatan mengikut masa yang telah dirancang dalam Rancangan Pelajaran Harian (RPH). Masa yang dirancang dalam rancangan pelajaran harian (RPH) saya ialah tiga puluh minit, namun  pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dijalankan hanyalah dua puluh lima minit sahaja. Ketepatan masa adalah sangat penting dalam satu pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan. Masa yang tepat akan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berjalan dengan baik dan lancar.
              Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pelajaran harian (RPH) yang telah saya buat, saya mendapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan set induksi yang saya jalankan terlalu cepat. Melodi lagu ‘Old Mc-Donald’ yang digunakan dalam set induksi saya terlalu cepat dan terdapat sebahagian murid tidak dapat menyanyikan lagu tersebut dengan baik dan juga tidak dapat mengikut melodi lagu. Ini juga adalah satu kelemahan dan kekurangan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) saya.
 Saya juga ada satu kelemahan lagi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) iaitu nilai murni yang telah dirancang dan dicatatkan dalam rancangan pelajaran harian (RPH) tidak dicurahkan kepada murid-murid. Sepatutnya saya perlu menerapkan dan mencurahkan nilai murni seperti menjaga kesihatan dan mesra alam kepada murid-murid, tetapi terdapat gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan saya tidak dapat menerapkan nilai murni kepada murid-murid.

LANGKAH  MENGATASI
Setiap kelemahan dan kekurangan yang telah dikesan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) saya memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa hadapan. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan makroteaching, penambahbaikan yang perlu saya lakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pencerapan nilai murni kepada murid dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) saya.
Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab,  saya perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam rancangan pelajaran harian (RPH). Ketetapan masa perlu diikuti bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dan permulaan sesi pengajaran hingga tamat. Selain itu, pencerapan nilai murni kepada murid dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) saya juga adalah kelemahan saya. Nilai murni juga adalah sangat penting sebab kita mesti memastikan anak murid kita menjadi seorang yang berilmu pengetahuan dan bersikap baik serta bersopan santun. Tingkah laku seseorang juga amat penting dalam masyarakat sekarang. Janganlah anak murid saya pandai, namun tidak berdisiplin atau tidak menghormati guru-guru, ibu bapa dan orang tua. Saya akan mengingati kesalahan atau perkara ini dan menerapkan nilai murni yang telah dirancang kepada murid-murid saya dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada masa akan datang. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).